Microsoft Excel (Jadual)
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Microsoft Excel (Jadual). Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan terhadap penggunaan Microsoft Excel. Dalam Kelas kali ini kita akan mempelajari membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari.
Kelas Microsoft Excel ini dijalankan untuk memberi peluang kepada mereka mempelajari pembelajaran baru iaitu Excel. Dengan microsoft excel ini, ia amat sesuai untuk mereka membuat pengiraan yang melibatkan formula-formula tertentu dan kerja yang berkaitan dengan jadual atau `table’. Dalam kelas kali ini, kami mengajar mereka untuk membuat jadula kelas mereka dengan menggunakan Excel ini. Dengan ini , penghasilan jadual menjadi lebih teratur dan menarik dengan tools yang terdapat dalam microsoft excel ini.
Mereka bebas untuk membuat jadual mereka menjadi lebih cantik dan kemas. Secara tidak langsung juga, kami dapat menerangkan tools-tools yang terdapat dalam excel dan cara penggunaannya dengan betul. Dengan cara ini, kami dapat membuat kelas ini lebih menarik disamping mempelajari teknik penggunaan excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: